dialog_minden_heights

dialog_minden_heights

Monday 17 June 2013

Program Kemasyarakatan & Gotong Royong Taman Brown [bahagian 1]

Program Kemasyarakatan & Gotong Royong telah berlangsung dengan jayanya pada hari ahad lepas.  Keadaan cuaca yang baik dan kehadiran para sukarelawan yang ramai membuatkan perjalanan program pada hari itu lancar tanpa sebarang masalah.  Dianggarkan lebih kurang 120 orang hadir menyertai program tersebut.   

Program pagi itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik.










Thursday 13 June 2013

Kerosakan akibat hujan ribut di sekitar Batu Uban

Kerosakan akibat hujan ribut di sekitar Taman Brown dan Flat Hamnah (24 gambar)

Kami sempat meninjau beberapa kawasan di Flat Hamna, Taman Lip Sin dan Taman Brown yang menghadapi kerosakan teruk akibat angin kencang malam tadi.  Kerugian masih belum dianggarkan tetapi lebih kurang 70 buah keluarga di kawasan Batu Uban sahaja terjejas akibat bencana ini.



















Wednesday 5 June 2013

Pembuangan sampah di Pan Palace, Plaza Lip Sin Garden

Sebuah kawasan awam di Pan Palace, Plaza Lip Sin Garden telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat tiga tong sampah besar diletakkan di tepi kawasan itu yang merupakan sebuah jalan yang sempit dan sibuk dengan pengguna jalanraya. Keadaan ini boleh membahayakan pengguna laluan tersebut.

Apa yang lebih membimbangkan adalah tempat pembuangan sampah ini berdekatan dengan restoran dan gerai makanan dimana tikus dan vektor penyakit boleh membiak dengan cepat.

Surat telah dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Perbandaran MPPP untuk tindakan lanjut.




Monday 3 June 2013

Kerosakan akibat pokok tumbang di Sg. Dua




Sebuah rumah di Jalan Sungai Dua rosak teruk akibat dihempap sebuah pokok besar. Kejadian pada pukul 3.30 petang semalam menyebabkan penghuni rumah tersebut, Loo Hock Peng sekeluarga kehilangan tempat tinggal. Kejadian tersebut dipercayai akibat hakisan tanah yang menyebabkan akar pokok besar tersebut tidak dapat mencengkam tanah dan tumbang.

Mangsa ditempatkan di bangunan JKKK Taman Pekaka buat sementara waktu. Bantuan keperluan asas juga telah disediakan bagi membantu meringankan beban mangsa.